Social Icons

Pages

Thursday 4 April 2013

Tutorial Buat Folder Berwarna




Assalamualaikum

Hari ini aku ada terjumpa sesuatu yang menarik yang mana dapat tukar warna folder dalam komputer / laptop. Baru je tadi jumpa padahal orang lain dah lama jumpa jadi aku tergerak hati nak berkongsi dengan anda semua.

Ada satu perisian yang mana membolehkan pelbagaikan warna folder windows anda kepada warna yang anda suka dan boleh menetapkan dengan tetapan tone2 warna yang disediakan serta boleh disimpan dan dinamakan warna tersebut.

Kadang-kala folder2 yang sama warnanya boleh mengelirukan kita jadi dengan adanya perubahan warna folder tersebut boleh membantu anda untuk membezakan folder yang ada. Bagi orang perempuan ( setahu akula) , folder2 diorang mmg serabut, penuh berlambak. Alah lelaki pun sama 2x5. Folder yang dicari depan mata pun tidak nampak, jadi dengan warna yang berbeza boleh menumpukan tumpuan untuk mencari folder tersebut dan nampak cantik..


Menggunakan perisian Folder Colourizer, anda tidak perlu risau kerana perisian ini menyokong dan boleh digunakan di windows xp,vista, 7 and 8. Aku sendiri pakai windows 8 , boleh je.

Cara-caranya:

1. Muat turun dari sini
http://softorino.com/products/ atau http://adfoc.us/5290322946326 dan install.
2. Pergi ke folder yang nak diwarnakan
3. Rightclick kat folder...kepada colourize!..pilih warna yang suka.

4. Kemudian muncul free activation...masukkan email dan klik free activation.
5. Sekarang kalau tidak jadi apa2, refresh dan tengok hasilnya.

Selamat mencuba semua.. (^.^)